Mengetahui

بِسْــــــــــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ


PUSAT PERUBATAN NUR 'A' SYIFA telah diilhamkan penubuhannya oleh Ustazah Nur Azizah yang memang terlatih dalam bidang rawatan berasaskan AURA dan bertekad menjadikan Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa sebagai pusat perubatan dan pengembangan teknik rawatan yang terkenal di rantau ini.

Ustazah Nur Azizah binti Atan adalah merupakan penggerak utama Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa dan beliau sering dibantu oleh Ustaz Ali bin Abu yang merupakan suami beliau serta beberapa individu lain yang sudah dilatih di bidang berkaitan perubatan kaedah tenaga aura.

Ustazah Azizah adalah anugerah Allah untuk golongan yang bermasalah yang menghadapi gangguan sihir, jin dan syaitan yang kebanyakannya adalah terdiri dari golongan wanita, manakala perawat berkebolehan pula kebanyakannya di monopoli oleh kaum lelaki.

Sesuai dengan moto "Oleh wanita untuk wanita" pihak kami berusaha untuk memberi yang terbaik untuk semua pesakit, kerana tiada yang lebih memahami wanita melainkan wanita itu sendiri.

AWAL PENUBUHAN

Ustazah Nur Azizah telah mula bergiat cergas di dalam bidang perawatan pesakit gangguan sihir, jin dan syaitan sejak kira-kira 20 tahun yang lalu yang lalu ketika beliau masih berumur 19 tahun dan sehingga kini beliau telah berjaya merawat berpuluh ribu kes yang 80% daripadanya adalah di kalangan kaum wanita. Antara jenis penyakit yang berjaya dirawat oleh beliau dengan izin Allah ialah penyakit yang disebabkan jin, syaitan dan saka, kanser, kemandulan dll. Kebanyakan pesakit mengenali beliau setelah diperkenalkan oleh pesakit yang terdahulu.

Melalui pengalaman sepanjang penglibatan tersebut beliau telah berjaya mengenal pasti dan menguasai beberapa teknik rawatan yang terbaik untuk pesakit-pesakitnya. Ustazah sering diingati oleh bekas pesakit-pesakit beliau atas keupayaan beliau untuk merawat dan memberi motivasi kepada pesakit. Malah ada yang mengambil keputusan untuk belajar dan menjadi anak murid beliau.

TEKNIK ASAS YANG DIGUNAKAN

Berikut adalah teknik asas penyembuhan aurasyifa yang digunakan oleh pihak Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa di dalam kebanyakan proses rawatan kepada pesakit.

1. Mengenal pasti tahap aura pesakit melalui pengunaan dan kepekaan tangan, keupayaan panca indera keenam (sixth sense) dan komunikasi dengan pesakit. Melalui kaedah ini sebagai contoh perawat boleh mengetahui sama ada pesakit mengalami gangguan sihir, jin ataupun saka. Masalah dan sakit fizikal juga boleh ditentukan dengan cara yang sama untuk sesetengah keadaan.

2. Menjalankan dan memulakan proses pembersihan secara umum dan setempat bagi tujuan mengeluar dan menyahkan aura negatif dari badan pesakit.

3. Pemberian atau pemindahan tenaga aura yang positif kepada pesakit oleh perawat.

4. Penamatan rawatan dan penyediaan bahan-bahan seperi air syifa, garam syifa dan serbuk kopi untuk digunakan untuk mandi.

KURSUS YANG DISEDIAKAN

Bagi tujuan pengembangan kaedah rawatan berasaskan Aura, Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa telah menganjurkan beberapa kursus dan seminar khusus kepada mereka yang berminat sama ada untuk peringkat asas, pertengahan atau pun lanjutan.

Sila berhubung dengan Ustazah Nur Azizah binti Atan (019-376 4509 En. Aran (019-386 4509) untuk keterangan lanjut.

Berita Terkini

Artikel Baru

Kongsi-kongsikan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Webnews bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Diigo bookmark at: Technorati bookmark at: Buzz

Temujanji

Message from Water

If thoughts could do that to water, imagine what they can do to us.

Sertai Di Facebook!

Sedang Online

2 user(s) are online (1 user(s) are browsing Info)

Members: 0
Guests: 2

more...

Hits