Hikmah

Tanda seseorang itu dikasihi Allah ialah ia berasa lapang dada dan tidak berasa susah hati terhadap sesuatu bala yang menimpanya di dunia dan tidak berasa sakit hati dan susah hati atas apa yang diumpat dan diperkatakan oleh manusia. Sangat mudah memaafkan kesalahan orang kepada mereka malah sanggup mendoakan kebaikan untuk mereka yang menginayai diri mereka.

:: Perubatan Nurashifa ::

Assalamualaikum. Selamat Datang!

بِسْــــــــــــــــــــــــــمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ

NUR 'A' SYIFA merupakan pusat PERUBATAN TRADISIONAL & METAFIZIK (AURA) yang telah didaftarkan penubuhannya pada tahun 2004. Penubuhan ini dilakukan bagi meneruskan matlamat asal penglibatan ustazah Nur Azizah di dalam bidang perawatan tradisional iaitu untuk membantu seramai mungkin mereka yang memerlukan perkhidmatan beliau di samping menjalankan dan menyampaikan dakwah kepada pesakit-pesakitnya.

Asas dan matlamat ini dikekalkan, diteruskan dan menjadi pegangan pusat perubatan hari ini. Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa tidak menjanjikan apa-apa yang di luar kemampuannya. Pusat ini hanya menyediakan ikhtiar untuk rawatan pesakit sahaja, bukan penyembuhan kerana kuasa penyembuhan adalah kuasa Allah S.W.T. Kita wajib berikhtiar dan rawatan yang disediakan oleh pusat ini adalah salah satu ikhtiar tersebut.

Pusat ini ditubuhkan dengan asas keyakinan bahawa setiap masalah, penyakit yang mendatangi seseorang adalah datang bersama penawar dan penyelesaiannya. Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa, berusaha sedaya-upaya memberikan khidmat terbaik sebagai penawar dan penyelesaian tersebut.

Dalam masa yang sama, kaedah rawatan yang disediakan dan diguna paki di pusat ini adalah berlandaskan konsep Islam sepenuhnya. Sudah pasti menjauhi segala rupa karut-marut, jampi serapah, perbomohan, sakti dan sebagainya. Bagi menyebarkan kebaikan, Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa juga menyediakan kursus dan seminar berkaitan dengan aura bagi memastikan potensi rawatan aura dapat digarap / difahami sepenuhnya oleh masyarakat.

Dengan kerjasama dengan beberapa anak murid Ustazah, usaha sedang dilakukan bagi mengeluarkan dan memasarkan pelbagai produk berasaskan herba untuk dipasarkan secara lebih meluas ke dalam masyarakat Malaysia. Di antara produk-produk yang sedang dipertimbangkan untuk diusahakan di dalam masa terdekat ialah Minyak Syifa, Minyak selusuh untuk memudahkan ibu-ibu bersalin dan Set Jamu Aura Syifa untuk wanita dan lelaki. Pihak kami berhasrat agar suatu hari nanti produk-produk ini dapat dikilangkan oleh pihak kami sendiri dan semuga ianya akan menjadi satu jenama yang unggul di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Laman sesawang ini diwujudkan sebagai satu medium penyampai utama kepada masyarakat luar sana iaitu golongan yang mempunyai akses ke internet untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan pusat perubatan dan perkhidmatan yang disediakan. Selain itu ia juga bertindak sebagai medium perkongsian ilmu dan pengalaman di dalam bidang perawatan kerohanian dan fizikal.

Dengan adanya laman web ini (dan laman Facebook http://www.fb.com/nurashifa ) diharap dapat memudahkan semua pihak untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain tanpa perlu bersusah payah.

Kursus Perubatan Aura Metafizik. Klik di sini untuk makluman lanjut

Terima Kasih

Pihak pengurusan Pusat Perubatan Nur 'A' Syifa
Ustazah Nur Azizah binti Atan (019-376 4509)
En Aran (019-386 4509)
"Oleh wanita untuk wanita"

http://www.nurashifa.com
http://www.fb.com/nurashifa

Berita Terkini

Artikel Baru

Kongsi-kongsikan

bookmark at: Twitter bookmark at: Facebook bookmark at: MySpace bookmark at: Del.icio.us bookmark at: Ask bookmark at: Webnews bookmark at: Digg bookmark at: Yahoo bookmark at: Google bookmark at: Diigo bookmark at: Technorati bookmark at: Buzz

Temujanji

Message from Water

If thoughts could do that to water, imagine what they can do to us.

Sertai Di Facebook!

Sedang Online

7 user(s) are online

Members: 0
Guests: 7

more...

Hits